Wednesday, 2 September 2015

"TEKAD BERUBAH"

Assalamualaikum wbth semuanya...
Ain harap semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ini hati ain terdetik untuk mula menulis blog. Entah kenapa, tiba-tiba pula kan. Setelah banyak perkara yang ain pelajari, yang ain jumpa, yang ain baca. Banyak sebenarnya kebenaran dan juga kepalsuan dalam dunia ini yang terkadang kita tidak pasti akan kesahihannya. Ain cukup kagum dengan saudara-saudara Islam yang sering berkongsi maklumat berkenaan kehidupan Islam yang sebenar.

Dunia kita kini sudah kehilangan arah tujunya yang sebenar. Kebanyakannya lupa akan asal-usul mereka yang sebenarnya. Bagaimana manusia ini wujud?Bagaimana pula alam semesta ini wujud?Kita semua tahu bahawa sesuatu perkara atau benda itu tak akan wujud tanpa ada penciptanya. Ya, pencipta kita semua, Allah  S.W.T yang Maha Esa.

Ain faham, ain juga manusia biasa. Ain juga sering lakukan kesalahan bahkan mungkin lebih teruk daripada manusia yang lainnya. Itu semua hitungan Allah, kita tak boleh nak menghitung atau menghukum seseorang itu melainkan Allah sahaja yang layak.

Ain ada mendengar beberapa ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz yang amat ain kagumi. Beliau berkata, manusia ini sudah lupa akan agamanya. Kita hanya mencari hiburan bukannya agama. Ada yang mengalami tekanan akan tetapi mendengar musik bagi memghilangkan tekanan tersebut padahal agama Islam telah menyusun cantik cara untuk menghilangkan tekanan. Kita umat Islam ada panduan yang cukup jelas, Al-Quran dan hadis. Mengapa perlu yang lain?

Inilah kita manusia, nafsu mengatasi akal dan hati. Apa yang mudah, yang seronok itu yang kita ambil sedangkan di akhir hidup kita nanti perkara-perkara seperti itu tiada gunanya lagi.

Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik iaitu ke arah kehidupan Islam yang sempurna. Apa yang perlu kita lakukan ialah membaca serta memahami kitab Allah dan juga hadis Rasulullah SAW. Teladani sifat, sikap dan cara hidup Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita akan selamat. Aminnn.

Noor Ain Sanusi
03 Sept 2015
08.38 AM